Saturday, 1 December 2012
Wednesday, 24 October 2012
PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL
ETIKA
Kehidupan individu dan masyarakat memerlukan kepada suatu
set peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup dalam semua aspek
kehidupan. Set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah
moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya.
Konsep dan pembahagian etika
Etika merupakan kepercayaan
yang didasarkan kepada moral dan untuk mengawal tingkah laku manusia. Ia
juga digunakan bagi memberikan panduan sama ada tingkah laku seseorang itu baik
atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan. Etika perkataan berasal
daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai.
Dalam perkataan Latin, ia dikatakan sebagai mores.
Berdasarkan perspektif ilmu falsafah, menerangkan erti baik
dan buruk dan mengenal pasti perbuatan yang baik dan buruk, betul dan salah,
benar dan palsu, manfaat dab mudarat. Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan etika kepada
tiga iaitu etika meta(meta ethics), etika normattive(normative ethics) dan
etika gunaan(applied ethics).
Etika Meta(meta ethics)
Meta bermaksud ‘di sebalik apa yang dapat dilihat dengan
mata kasar’. Etika meta melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa
Tuhan,keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Ia melibatkan metafizikal,
psikologikal dan linguistic yang merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai contohnya, Etika keagamaan Islam. Ia
menegaskan tanggungjawab penganutnya sebagai hamba Allah, tanggungjawab sebagai
khalifah Allah dan tanggungjawab dakwah.
Etika Normatif(normative ethics)
Etika normatif membuat kritikan dan melakukan penilaian ke
atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang
standard untuk semua. Ia diasaskan kepada rasional dan penaakulan akal. Etika
yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza
antara satu sama lain.
Teori deontological menilai baik buruk berdasarkan tindakan.
Perkara baik atau buruk sudah nyata pada tindakan. Teori teleological
menegaskan bahawa baik-buruk sesuatu tertakluk kepada hasil, akibat atau kesan
sesuatu tindakan. Ukurannya ialah sejauhmana kebaikan mengenai keburukan.
Etika Gunaan(applied ethics)
Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan
seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, penguruan, perubatan,
alam sekitar, social dan seks.
Aliran-aliran etika
Etika telah membentuk pelbagai aliran dan doktrin. Persepsi
dan perspektif yang pelbagai wujud kerana latar
belakang individu dan
masyarakat yang tidak sama disamping asas pegangan yang turut berbeza.
Utilitarianisme
Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang
membawa maksud ‘guna’, ‘berguna’ atau kegunaan. Doktrin moral ini menegaskan
bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan
seramai mungkin orang lain.
Matlamat doktrin Utilitarianisme adalah untuk memberikan
kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Kebaikan majority adalah
penting kepada Utilitarianisme.
Jeremy Bentham telah menghasilkan alat ukur yang dikenali
sebagai Kalkulus Hedonistik Bentham. Tujuh elemen dipertimbangkan untuk
mengukur kebaikan atau keburukan iaitu :
Ø
Kedalaman(intensity)
Ø
Kelamaan(duration)
Ø
Kepastian(certainty)
Ø
Kesegeraan(propinquity)
Ø
Kesedaran(fecundity)
Ø
Keberkesanan(purity)
Ø
Had(extent)
Hedonisme
Hedonism berasal daripada perkataan Greek hedone yang
menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup
yang maksimum. Hedonisme merupakan doktrin yang mengatakan bahawa behavior is
‘motivated at the desire for pleasure and avoidance of pain’. Budaya ini
membiakkan pula sikap individualistic dan egoistic. Ia membentuk masyarakat
yang hanya mementingkan kesenangan diri. Orang yang tiada pemilikan dipandang
rendah dan hina.
Eksistensialisme
Eksistensialisme menegaskan bahawa moral hendaklah
berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya.
Doktrin ini melemahkan peraturan tradisional yang telah diterima oleh sesuatu
masyarakat sebagai panduan moral masyarakat tersebut. Terdapat tiga bentuk
kebebasan bagi golongan ini iaitu : kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan
kebebasan moral.
Kepentingan beretika
Memahami etika dan hidup beretika adalah penting dalam
menentukan kehormanian hidup individu dan masyarakat. Setiap individu dan
masyarakat perlu hidup beretika berdasarkan kepada kekuatan agama dan budaya
murni yang wujud dalam masyarakat tersebut.
Akhalak Islam
Akhlak diertikan sebagai sifat yang terpuji pada pandangan
tokoh Tasawuf yang mana merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut
dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapannya.
Akhlak mengajar kita untuk sentiasa bersikap positif dalam menilai sesuatu
perkara yang dilakukan dalam membentuk diri menjadi yang lebih baik. Tambahan
pula, melalui akhlak, manusia dibentuk untuk menjalankan adab yang baik agar
dapat dijadikan contoh oleh manusia lain dalam kehidupan seharian. Akhirnya,
melalui pembentukan akhlak dapat menjadikan seseorang individu itu mempunyai
pegangan hidup yang sempurna.
Kesimpulannya, akhlak merupakan tingkah laku
seseorang yang menggambarkan keperibadian, manakala adab pula ialah
tindakan seseorang secara khusus merujuk kepada keadaan dan tempat. Maksud adab
oleh tokoh tasawuf ialah menghimpunkan sifat-sifat zahir dan batin semata-mata
kerana Allah.
![]() |
| Terima Kasih.... |
Monday, 22 October 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)






