Wednesday, 24 October 2012

PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA DAN NILAI-NILAI MORAL


ETIKA

Kehidupan individu dan masyarakat memerlukan kepada suatu set peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup dalam semua aspek kehidupan. Set peraturan yang dikenali sebagai etika ini adalah falsafah moral yang memberikan tumpuan kepada tingkah laku individu  dalam kehidupannya.

Konsep dan pembahagian etika

Etika merupakan kepercayaan  yang didasarkan kepada moral dan untuk mengawal tingkah laku manusia. Ia juga digunakan bagi memberikan panduan sama ada tingkah laku seseorang itu baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan. Etika perkataan berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai. Dalam perkataan Latin, ia dikatakan sebagai mores.

Berdasarkan perspektif ilmu falsafah, menerangkan erti baik dan buruk dan mengenal pasti perbuatan yang baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu, manfaat dab mudarat. Para sarjana dan ahli falsafah membahagikan etika kepada tiga iaitu etika meta(meta ethics), etika normattive(normative ethics) dan etika gunaan(applied ethics).

Etika Meta(meta ethics)

Meta bermaksud ‘di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar’. Etika meta melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan,keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Ia melibatkan metafizikal, psikologikal dan linguistic yang merupakan konsep-konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sebagai contohnya, Etika keagamaan Islam. Ia menegaskan tanggungjawab penganutnya sebagai hamba Allah, tanggungjawab sebagai khalifah Allah dan tanggungjawab dakwah.

Etika Normatif(normative ethics)

Etika normatif membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral yang ada dan kemudiannya mencadangkan satu sistem yang standard untuk semua. Ia diasaskan kepada rasional dan penaakulan akal. Etika yang standard untuk semua kerana rasional dan akal manusia itu berbeza-beza antara satu sama lain.

Teori deontological menilai baik buruk berdasarkan tindakan. Perkara baik atau buruk sudah nyata pada tindakan. Teori teleological menegaskan bahawa baik-buruk sesuatu tertakluk kepada hasil, akibat atau kesan sesuatu tindakan. Ukurannya ialah sejauhmana kebaikan mengenai keburukan.

Etika Gunaan(applied ethics)

Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi pelbagai bidang seperti perniagaan, penguruan, perubatan, alam sekitar, social dan seks.

Aliran-aliran etika

Etika telah membentuk pelbagai aliran dan doktrin. Persepsi dan perspektif yang pelbagai wujud kerana latar 
belakang individu dan masyarakat yang tidak sama disamping asas pegangan yang turut berbeza.

Utilitarianisme

Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang membawa maksud ‘guna’, ‘berguna’ atau kegunaan. Doktrin moral ini menegaskan bahawa manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten untuk kebaikan seramai mungkin orang lain.

Matlamat doktrin Utilitarianisme adalah untuk memberikan kebaikan tertinggi kepada seberapa ramai orang. Kebaikan majority adalah penting kepada Utilitarianisme.
Jeremy Bentham telah menghasilkan alat ukur yang dikenali sebagai Kalkulus Hedonistik Bentham. Tujuh elemen dipertimbangkan untuk mengukur kebaikan atau keburukan iaitu :

Ø  Kedalaman(intensity)
Ø  Kelamaan(duration)
Ø  Kepastian(certainty)
Ø  Kesegeraan(propinquity)
Ø  Kesedaran(fecundity)
Ø  Keberkesanan(purity)
Ø  Had(extent)

Hedonisme

Hedonism berasal daripada perkataan Greek hedone yang menentukan bahawa matlamat kehidupan ialah untuk mendapatkan kelazatan hidup yang maksimum. Hedonisme merupakan doktrin yang mengatakan bahawa behavior is ‘motivated at the desire for pleasure and avoidance of pain’. Budaya ini membiakkan pula sikap individualistic dan egoistic. Ia membentuk masyarakat yang hanya mementingkan kesenangan diri. Orang yang tiada pemilikan dipandang rendah dan hina.

Eksistensialisme

Eksistensialisme menegaskan bahawa moral hendaklah berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai kebebasan menentukan tindakannya. Doktrin ini melemahkan peraturan tradisional yang telah diterima oleh sesuatu masyarakat sebagai panduan moral masyarakat tersebut. Terdapat tiga bentuk kebebasan bagi golongan ini iaitu : kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.

Kepentingan beretika

Memahami etika dan hidup beretika adalah penting dalam menentukan kehormanian hidup individu dan masyarakat. Setiap individu dan masyarakat perlu hidup beretika berdasarkan kepada kekuatan agama dan budaya murni yang wujud dalam masyarakat tersebut.

Akhalak Islam

Akhlak diertikan sebagai sifat yang terpuji pada pandangan tokoh Tasawuf yang mana merujuk kepada perangai yang menyenangkan, lemah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit perselisihan dan baik percakapannya. Akhlak mengajar kita untuk sentiasa bersikap positif dalam menilai sesuatu perkara yang dilakukan dalam membentuk diri menjadi yang lebih baik. Tambahan pula, melalui akhlak, manusia dibentuk untuk menjalankan adab yang baik agar dapat dijadikan contoh oleh manusia lain dalam kehidupan seharian. Akhirnya, melalui pembentukan akhlak dapat menjadikan seseorang individu itu mempunyai pegangan hidup yang sempurna.

 Kesimpulannya, akhlak merupakan tingkah laku seseorang yang menggambarkan keperibadian, manakala adab pula ialah tindakan seseorang secara khusus merujuk kepada keadaan dan tempat. Maksud adab oleh tokoh tasawuf ialah menghimpunkan sifat-sifat zahir dan batin semata-mata kerana Allah.

Terima Kasih....